Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition akan dilancarkan di Malaysia pada 12 April ini

realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition

realme telah mengesahkan bahawa realme 10 Pro 5G Coca-Cola Editiom akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 12 April ini.

Malaysia adalah antara 5 negara yang terpilih untuk menerima telefon pintar edisi khas Coca-Cola ini dan ianya terhad kepada 6,000 unit sahaja diseluruh dunia.

Telefon pintar edisi khas ini menampilkan elemen reka bentuk klasik Coca-Cola dengan kombonasi warna merah & hitam. Reka bentuk panel belakang asimetri 70/30 menyerlahkan logo Coca-Cola dengan tiga titik hitam dan tujuh titik merah, menjadikan logo klasik itu dapat dikenali serta-merta. Coke red memberikan perasaan yang positif, awet muda dan bertenaga.

Selain itu, realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition ini akan turut menampilkan animasi pengecasan bertema coke, ikon aplikasi, sim tray ejector seperti penutup botol kaca coca cola, 30 pelekat istimewa coca cola dan banyak lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.