Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : OPPO Find N2 Flip – Telefon Pintar Flip dengan lekukan minima dan bateri tahan lebih lama

ULASAN : OPPO Find N2 Flip - Telefon Pintar Flip dengan lekukan minima dan bateri tahan lebih lama 1

OPPO Find N2 Flip Malaysia

Pengenalan

OPPO memulakan tahun 2023 dengan pelancaran telefon pintar boleh lipat yang menyaksikan syarikat ini memperkenalkan dua telefon pintar foldable iaitu OPPO Find N2 Flip dan OPPO Find N2.

Generasi kedua Find N2 Series menyaksikan OPPO memperkenalkan telefon pintar flip yang boleh dikatakan sebagai pencabar kepada Samsung Galaxy Z Flip4 dan ianya ditawarkan dipasaran global manakala Find N2 masih kekal eksklusif untuk pasaran China sahaja.

OPPO Find N2 Flip mempunyai banyak persamaan dengan Galaxy Z Flip4 namun ianya mempunyai beberapa perbezaan yang memberikanya sedikit kelainan.

Berikut adalah ulasan OPPO Find N2 Flip yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,999.

ULASAN : OPPO Find N2 Flip - Telefon Pintar Flip dengan lekukan minima dan bateri tahan lebih lama 2

Reka Bentuk

Seperti telefon pintar konvesional dipasaran, telefon pintar foldable juga mempunyai satu rekaan asas yang tidak banyak berbeza dengan model lain dipasaran dan Find N2 Flip juga tidak terkecuali.

OPPO Find N2 Flip menawarkan pengguna pengalaman seperti sebuah telefon pintar biasa apabila dibuka namun memberikan kemudahan penyimpanan apabila dlipat yang menjadikanya sangat kompak.

ULASAN : OPPO Find N2 Flip - Telefon Pintar Flip dengan lekukan minima dan bateri tahan lebih lama 3

Walaubagaimanapun, OPPO Find N2 boleh dikatakan sebagai yang terbaik apabila ianya dilipat kerana tiada sebarang ruang terbuka antara skrin seperti yang boleh dilihat pada Galaxy Z Fold4.

Selain itu, OPPO juga menggunakan pendekatan yang berbeza bagi cover screen dimana ianya adalah yang terbesar didalam kategori telefon pintar flip pada saiz 3.26-inci.

Seterusnya, bagi pasaran global, OPPO Find N2 Flip akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Moonlit Purple dan Astral Black seperti unit ulasan kami.

ULASAN : OPPO Find N2 Flip - Telefon Pintar Flip dengan lekukan minima dan bateri tahan lebih lama 4

Astral Black ini tampil didalam kemasan yang matte dengan rekaan seolah sandstone black yang digunakan pada telefon pintar OnePlus dan ini memastikan telefon pintar ini sentiasa bebas dari kesan capjari.

ULASAN : OPPO Find N2 Flip - Telefon Pintar Flip dengan lekukan minima dan bateri tahan lebih lama 5

Mengulas sedikit tentang engsel yang digunakan pada Find N2 Flip, OPPO menggunakan generasi baharu Flexion Hinge yang sama seperti pada Find N2 namun disesuaikan untuk telefon pintar ini. Ianya mempunyai ketahanan sehingga 400,000 lipatan dan lekukan skrin yang lebih minima iaitu kurang dari 0.15mm sepanjang kitaran hayat produk ini.

ULASAN : OPPO Find N2 Flip - Telefon Pintar Flip dengan lekukan minima dan bateri tahan lebih lama 6

Selain itu, OPPO Find N2 Flip juga boleh menyokong bukaan antara 45° hingga 110° yang memberikanya kebolehan fungsi lain terutamanya dari segi fotografi.

Bercakap mengenai rangka OPPO Find N2, ianya diperbuat daripada aluminium yang mana sisi kanan peranti terdapat butang kuasa yang turut berfungsi sebagai sensor capjari kapasitif dan pelaras kelantangan bunyi.

Seterusnya, bahagian bawah Find N2 Flip mempunyai gril pembesar suara, slot USB-C dan SIM tray.

ULASAN : OPPO Find N2 Flip - Telefon Pintar Flip dengan lekukan minima dan bateri tahan lebih lama 7

Skrin Paparan

OPPO Find N2 Flip tampil dengan rekaan yang biasa untuk sebuah telefon pintar flip namun menggunakan pendekatan yang berbeza pada cover screen yang mana  ianya adalah yang terbesar pada kategori ini.

ULASAN : OPPO Find N2 Flip - Telefon Pintar Flip dengan lekukan minima dan bateri tahan lebih lama 8

Ianya mempunyai ukuran 3.26-inci yang meliputi hampir separuh permukaan panel luaran yang turut menempatkan kamera dan skrin ini mempunyaj resolusi 382×720 piksel dengan kepadatan piksel sekitar 205ppi.

ULASAN : OPPO Find N2 Flip - Telefon Pintar Flip dengan lekukan minima dan bateri tahan lebih lama 9

Dari segi dalaman pula, OPPO Find N2 Flip dilengkapi skrin paparan AMOLED berukuran 6.8-inci dengan sokongan kadar segar semula 120Hz pada resolusi FHD+. Panel ini juga menyokong HDR10+ dan kecerahan maksima mencecah 1,200nits. Lekukan pada skrin boleh dikatakan sedikit kurang berbanding telefon pintar flip lain dipasaran namun lipatan jelas untuk dilihat apabila skrin terpadam.

Selain itu, OPPO juga menawarkan tetapan kadar segar semula yang memberikan anda dua pilihan sahaja iaitu Standard pada kadar 60Hz atau High pada kadar 120Hz.

Secara keseluruhan, panel skrin OPPO Find N2 menawarkan pengalaman visual yang memuaskan pada panel utama manakala panel luar juga mempunyai lebih banyak fungsi khususnya dengan saiz skrin yang terbesar berbanding pencabar lain.

ULASAN : OPPO Find N2 Flip - Telefon Pintar Flip dengan lekukan minima dan bateri tahan lebih lama 10

Pemproses

OPPO Find N2 Flip dikuasakan dengan cipset kelas premium keluaran MediaTek iaitu Dimensity 9000+ yang diperbuat daripada proses fabrikasi 4nm yang meletakkanya hampir setaraf dengan telefon pintar flip lain dipasaran.

Bagi pasaran Malaysia, OPPO Find N2 Flip ditawarkan didalam satu varian sahaja iaitu 8GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman 256GB UFS 3.1

Bersama cipset ini, OPPO melengkapkan Find N2 Flip dengan antaramuka ColorOS 13 dan Android 13 yang mana syarikat ini juga telah menyatakan komitmen untuk menawarkan sehingga 4 kemaskini Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan berkala.

ULASAN : OPPO Find N2 Flip - Telefon Pintar Flip dengan lekukan minima dan bateri tahan lebih lama 11

Perbezaan utama pada OPPO Find N2 Flip adalah cover screen dan ianya tampil dengan pelbagai fungsi tambahan seperti widget dan sokongan always-on display yang memberikan anda kebebasan untuk mengubah pelbagai elemen AoD mengikut citarasa dan gaya anda.

Secara keseluruhanya, ColorOS 13 menawarkan pengguna pengalaman yang hampir sama seperti generasi ColorOS yang sebelum ini namun dengan penambahbaikan yang penting bagi telefon pintar kategori Flip ini.

Akhir kata, prestasi penggunaan harian OPPO Find N2 Flip dijangka akan kekal konsisten dan dilihat mampu melakukan semua tugas tanpa sebarang masalah besar.

ULASAN : OPPO Find N2 Flip - Telefon Pintar Flip dengan lekukan minima dan bateri tahan lebih lama 12

Kamera

OPPO Find N2 Flip tampil dengan sistem kamera yang setaraf dengan pencabar lain dalam kategori telefon pintar Flip

OPPO Find N2 Flip tampil dengan sensor utama 50MP IMX890 yang turut digunakan pada Find N2 namun tanpa sistem pengstabilan OIS.

Sensor utama ini turut digandingkan bersama satu sensor ultrawide 8MP IMX355 namun tiada sensor telefoto ditawarkan.

Bersama sensor ini, OPPO Find N2 Flip juga mewarisi teknologi kamera Hasselblad pada aplikasi kamera dan ianya jelas untuk dilihat dengan penggunaan butang shutter berwarna oren dan banyak lagi.

Kualiti gambar yang diambil menggunakan OPPO Find N2 Flip adalah memuaskan dengan kualiti dan kadar dinamik yang tidak terlalu tinggi.

Tidak lupa juga kamera selfie OPPO Find N2 Flip yang memiliki pemfokusan auto dan ianya adalah sensor 32MP IMX709.

Berikut adalah hasil gambar yang diambil menggunakan OPPO Find N2 Flip :

ULASAN : OPPO Find N2 Flip - Telefon Pintar Flip dengan lekukan minima dan bateri tahan lebih lama 28

Bateri

OPPO Find N2 Flip memiliki bateri berkapasiti 4,300mAh yang memberikanya kelebihan apabila dibandingkan dengan telefon pintar flip daripada syarikat pengeluar lain.

Satu lagi kelebihan yang dimiliki telefon pintar Flip daripada OPPO ini adalah teknologi pengecasan pantas yang ditawarkan iaitu 44W SUPERVOOC yang mampu memberikan anda pengecasan yang pantas iaitu ke tahap 62% dalam 30 minit manakala pengecasan penuh mengambil masa kurang sedikit dari 60 minit.

ULASAN : OPPO Find N2 Flip - Telefon Pintar Flip dengan lekukan minima dan bateri tahan lebih lama 29

Penutup

OPPO Find N2 Flip mungkin sedikit lewat ke arena pasaran telefon pintar flip yang secara umumnya didominasi oleh Samsung melalui Galaxy Z Fold4.

Walaupun OPPO Find N2 Flip mempunyai paparan cover screen yang lebih besar selain kemampuan kamera utama yang lebih baik yang menjadikanya satu penantian yang berbaloi.

Ianya juga tampil dengan engesel yang memberikan kesan lelukan paling minima pada skrin yang pasti meletakkanya sebagai antara yang terbaik pada kategori ini.

OPPO Find N2 Flip kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,999.

maklumat lanjut di OPPO Malaysia

OPPO Find X6 Series kini rasmi dengan tiga sensor 50MP dan Snapdragon 8 Gen 2

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.