Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo V27 5G kini di Malaysia dengan cip Dimensity 7200 dan kamera lebih baik – dari RM 1,799

vivo V27 Malaysia

vivo secara rasminya telah melancarkan vivo  27  di Malaysia dan ianya akan ditawarkan pada harga dari RM 1,799.

vivo V27e kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,299

vivo V27 5G membawakan ciri potret dan kamera setaraf flagship pada harga lebih berpatutan.

Selain itu, vivo V27 5G memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.

 Selain itu, vivo V27 5G juga hadir dengan cip MediaTek Dimensity 7200 (4nm) dengan kelajuan 2.8GHz manakala kapasiti RAM dan storan dalaman bagi adalah 12GB/256GB.

Beralih kepada kamera, telefon pintar ini juga memiliki sensor utama 50MP Sony IMX766V dengan OIS,  sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP serta lampu flash LED (ring light).

Dalam pada itu, kamera selfie yang ditawarkan pada model ini adalah jenis 50MP yang mempunyai pemfokusan auto.

Selain itu, V27 ini juga memiliki bateri berkapasiti 4,600mAh dengan pengecasan pantas 66W, antaramuka FunTouch OS 13 yang berasaskan Android 13, Bluetooth 5.3, sokongan 5G NSA dan SA serta berat 182 gram.

vivo V27 kini ditawarkan didalam dua varian pada harga RM1,799 bagi varian 8GB+256GB dan RM1,999 bagi varian 12GB+256GB.

Mulai 1 April hingga 1 Mei 2023, pelanggan yang membeli vivo V27 akan menerima  hadiah percuma bernilai sehingga RM957, termasuk jaminan lanjutan 1 tahun,perlindungan skrin 1 tahun dan kotak hadiah eksklusif.

Tambahan pula, vivo juga menawarkan diskaun pendidikan bernilai RM50 untuk pembelian vivo V27 varian 12GB dengan menunjukkan kad pengenalan pendidikan/kerja mereka semasa membuat pembelian.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.