Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

REDMAGIC 8 Pro Titanium kini rasmi di Malaysia pada harga RM 4,299

 

nubia REDMAGIC 8 Pro Titanium kini telah disahkan untuk pasaran Malaysia dan akan mula dijual secara rasmi pada 4 April 2023.

nubia REDMAGIC 8 Pro ini dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan cip Red Magic R2 dengan storan dalaman 16/512GB.

Beralih ke skrin,  8 Pro  hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.8-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz serta kadar pensampelan sentuhan 960Hz. Ianya juga disertakan dengan kamera selfie 16MP in-display.

Ke kamera pula, telefon pintar terbaru gaming syarikat nubia ini juga memiliki sensor utama 50MP ISOCELL GN5, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

nubia REDMAGIC 8 Pro mempunyai sistem penyejukan ICE 11.0, termasuk beberapa lapisan kepingan grafit dan ruang wap 3D dengan 2,068 cu.mm. kipas penyejuk pada sisi kini beroperasi pada kadar 20,000rpm dan terdapat lapisan grafit yang meliputi keseluruhan skrin.

Selain itu, nubia REDMAGIC 8 Pro  juga mempunyai dua butang shoulder, 9 antena untuk perhubungan yang baik, bicu audio 3.5mm dan slot USB-C.

Selain itu, nubia REDMAGIC 8 Pro disertakan dengan bateri berkapasiti 6,000mAh bersama pengecasan pantas 65W yang memberikan pengecasan 0-100% didalam masa 43 minit sahaja.

REDMAGIC 8 Pro Titanium ini akan ditawarkan pada harga RM 4,299 dan pembelian boleh dilakukan mulai 4 April ini di stor rasmi REDMAGIC di Shopee

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.