Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C55 kini rasmi di Malaysia dengan ciri terbaik pada harga entry-level dari RM 699 sahaja

realme C55 kini rasmi di Malaysia dengan ciri terbaik pada harga entry-level dari RM 699 sahaja 1

realme C55 kini rasmi di Malaysia dengan ciri terbaik pada harga entry-level dari RM 699 sahaja 2

realme secara rasminya telah melancarkan realme C55  di Malaysia dengan harga jualan yang sangat berpatutan.

realme C55 tampil dengan beberapa ciri yang kali pertama ditawarkan pada segmen harga ini yang menjadikanya sebuah telefon pintar yang berbaloi untuk dimiliki.

realme C55 kini rasmi di Malaysia dengan ciri terbaik pada harga entry-level dari RM 699 sahaja 3

realme C55 hadir dengan skrin paparan 90Hz berukuran 6.72-inci dengan resolusi FHD+ dan kecerahan maksima 650nits serta kamera selfie 8MP. Lebih menarik adalah, animasi Mini Capsule yang sama seperti animasi Dynamic Island yang mamparkan amaran bateri rendah, status pengecasan, penggunaan data dan banyak lagi.

realme C55 kini rasmi di Malaysia dengan ciri terbaik pada harga entry-level dari RM 699 sahaja 4

Selain itu, realme C55 juga dijana cip Helio G88, dua konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 6/128GB atau 8/256GB, Dynamic RAM Expansion dan realme UI 4.0 yang berasaskan Android 13.

realme C55 kini rasmi di Malaysia dengan ciri terbaik pada harga entry-level dari RM 699 sahaja 5

Selain itu, realme C55 akan dilengkapi sensor utama 64MP bersama sensor sampingan, bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Lain-lain spesifikasi realme C55 adalah sensor capjari pada butang kuasa, bicu audio 3.5mm, cip NFC dan talaan audio Dirac.

realme C55 kini rasmi di Malaysia dengan ciri terbaik pada harga entry-level dari RM 699 sahaja 6

Akhir sekali, realme C55 akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Rainy Night dan Sunshower pada harga RM 699 bagi versi 8/128GB dan RM 799 bagi versi 8/256GB.

realme C55 kini rasmi di Malaysia dengan ciri terbaik pada harga entry-level dari RM 699 sahaja 7

realme C55 kini telah dibuka untuk pra-tempahan dari 28 Mac sehingga 30 Mac 2023 di realme Brand Store dengan setiap pembelian akan menerima realme Buds 2 Neo & 6 bulan tambahan waranti bernilai RM 129 secara percuma.

Dalam pada itu, jualan pertama realme C55 di realme Brand Store dan wakil pengedar rasmi akan bermula dari 31 Mac hingga 6 April dan ianya akan disertakan dengan 6 bulan tambahan waranti.

realme C55 kini rasmi di Malaysia dengan ciri terbaik pada harga entry-level dari RM 699 sahaja 8

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan realme C55 di stor rasmi realme Malaysia di Lazada dan Shopee bermula 31 Mac 2023 dimana setiap pembelian akan menerima realme Buds 2 Neo, 6 bulan tambahan waranti dan kunci rantai realme. Pembelian di stor realme di TikTok pula akan menerima realme Buds 2 Neo.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.