HUAWEI Mate X3 kini rasmi – rekaan lebih ringan dan nipis
HUAWEI secara rasminya telah melancarkan telefon pintar foldable terbaru syarikat ini iaitu HUAWEI Mate X3 yang lebih ringan dan lebih nipis.
HUAWEI Mate X3 memiliki dua skrin paparan 120Hz iaitu cover screen berukuran 6.4-inci dengan resolusi 2504×1080 piksel dan aspek nisbah 20:9:9 manakala panel utama adalah skrin 7.85-inci dengan resolusi 2496×2224 piksel dan nisbah 8:7.1.
HUAWEI Mate X3 kini mempunyai berat sekitar 239gram iaitu hampir 24 gram lebih ringan berbanding Galaxy Z Fold4 dan ianya kini juga disertakan dengan pensijilan kalis air IPX8.
HUAWEI Mate X3 mempunyai engsel baharu yang menutup skrin lipat ini seperti buku dan HUAWEI mendakwa tiada sebarang lekukan jelas pada panel skrin lipat ini.
Dari segi dalaman, HUAWEI Mate X3 dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1 4G bersama 12GB RAM, storan dalaman sehingga 1TB, antaramuka Harmony OS 3.1 dan perhubungan komunikasi satelite.
Seterusnya mengenai kamera, Mate X3 hadir dengan sensor utama 50MP f/1.8, sensor ultrawide 13MP f/2.2 dan sensor telefoto 5x 12MP f/3.4. Mate X3 juga memiliki dua sensor selfie 8MP.
Dalam pada itu, HUAWEI Mate X3 juga memiliki bateri berkapasiti 4,800mAh dengan pengecasan pantas 66W serta pengecasan tanpa wayar 50W.
Agak menyedihkan, HUAWEI Mate X3 mungkin hanya ditawarkan dipasaran China sahaja dan ianya mempunyai harga dari CNY 12,999 (RM 8,415) bagi model 256GB sehingga CNY 15,999 (RM 10,360) bagi model 1TB.