Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 12 Turbo akan dilancarkan pada 28 Mac ini

Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa pelancaran Redmi Note 12 Turbo akan berlangsung pada 28 Mac ini dan ini menyusul selepas telefon pintar ini disahkan akan tampil dengan cip Snapdragon 7+ Gen 2.

Selain itu, berdasarkan poster yang dimuatnaik di Weibo, Redmi Note 12 Turbo akan hadir didalam dua warna iaitu silver dan white.

Selain itu, telefon pintar ini juga disahkan akan memiliki sensor utama 64MP bersama dua lagi sensor iaitu sensor ultrawide dan sensor depth.

Seterusnya, Redmi Note 12 Turbo juga dijangka akan hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+ bersama kadar segar semula 120Hz, sensor utama 50MP dan bateri 5,500mAh dengan pengecasan pantas 67W.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.