Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C33 kini rasmi dengan cip UNISOC Tiger T612

realme C33 kini rasmi dengan cip UNISOC Tiger T612 5

realme secara rasminya telah memperkenalkan satu telefon pintar bajet iaitu realme C33 2023 yang sama seperti realme C33 yang dilancarkan tahun lalu (kecuali kapasiti RAM dan storan dalaman).

realme C33 memiliki skrin paparan IPS LCD berukuran 6.5-inci dengan resolusi HD+ dan kamera selfie 5MP pada rekaan waterdrop notch.

realme C33 kini rasmi dengan cip UNISOC Tiger T612 6

Beralih kepada bahagian dalaman, ianya dijana cip Unisoc Tiger T612, 4GB RAM dan dua pilihan storan dalaman iaitu 64GB atau 128GB. Storan juga boleh ditambah dengan kad microSD.

Dalam pada itu, realme C33 2023 juga memiliki sensor utama 50MP dengan sensor depth 2MP, bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 10W namun menyedihkan masih menggunakan slot microUSB 2.0.

realme C33 2023 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Sandy Gold, Aqua Blue dan Night Sea pada harga INR 9,999(RM 544) dan INR 10,499(RM 571).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.