Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic5 Series dan Magic Vs akan menerima 3 kemaskini Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan

Sidang Mobile World Congress 2023 yang berlangsung baru-baru ini telah menyaksikan Honor memperkenalkan Honor Magic5 Series dan Honor Magic Vs.

Selain pelancaran telefon pintar flagship terbaru ini, Honor juga telah mengesahkan bahawa bakal pembeli telefon pintar ini akan menerima 3 tahun kemaskini Android dan 5 tahun kemaskini sekuriti.

Walaubagaimanapun , Honor telah mengesahkan bahawa komitmen ini hanya terpakai untuk HONOR Magic5 Pro dan HONOR Magic Vs namun ianya mungkin turut ditawarkan kepada telefon pintar Honor yang akan dilancarkan selepas ini. 

Pengesahan ini sudah pastinya memberikan kelegaan kepada bakal pemilik Honor Magic5 Series dan Honor Magic Vs.

Honor Magic5 Series dan Magic Vs dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.