Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S22 Series kini lebih murah – dari RM 3,299 sahaja

Susulan pelancaran Samsung Galaxy S23 Series yang kini ditawarkan di Malaysia, Samsung Malaysia telah mengumumkan harga jualan baharu bagi Samsung Galaxy S22 Series.

Samsung Malaysia telah mengumumkan bahawa Samsung Galaxy S22 Series kini ditawarkan pada harga yang lebih rendah iaitu antara RM 200 hingga RM 400 berbanding sebelum ini.

Ini bermaksud anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy S22 versi 128GB pada harga RM 3,299 manakala Samsung Galaxy S22 versi 256GB ditawarkan pada harga RM 3,499..

Dalam pada itu, pembelian Samsung Galaxy S22 Ultra menawarkan anda penjimatan RM 400 yang bermaksud Samsung Galaxy S22 Ultra versi 128GB boleh dimiliki pada harga RM 4,699 manakala versi 256GB pula pada harga RM 5,099 diikuti versi 512GB pada harga RM 5,499.

Maklumat lanjut mengenai promosi ini di https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s22-ultra/buy/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.