Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (2) disahkan akan hadir dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1

Nothing dan Qualcomm telah berkongsi pentas di Mobile World Congress untuk mengumumkan bahawa Nothing Phone (2) akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Series.

Walaupun tidak mengumumkan jenis cip Snapdragon 8 Series yang akan digunakan, Alex Katouzian yang merupakan eksekutif Qualcomm telah mengesahkan Nothing Phone (2) akan cip Snapdragon 8+ Gen 1 (melalui profil beliau di LinkedIn)

Susulan kejayaan Nothing Phone (1), Carl Pei sebelum ini juga telah mengesahkan bahawa Nothing Phone (2) akan dilancarkan dengan spesifikasi lebih premium dan ianya akan turut memasuki pasaran Amerika Syarikat.

Nothing Phone (2) dijangka akan dilancarkan pada lewat tahun ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.