Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing ear (2) akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Mac ini

Nothing secara rasminya telah mengesahkan bahawa earbuds TWS Nothing ear (2) akan dilancarkan pada 22 Mac ini.

Buat masa ini tiada gambaran jelas mengenai Nothing ear (2) didedahkan namun ianya menjanjikan bunyi dan kejelasan muzik yang lebih baik.

Nothing ear (2) dijangka akan tampil dengan reka bentuk yang sama seperti generasi sebelum ini dengan perubahan kecil pada posisi mikrofon.

Selain itu, Nothing ear (2) juga akan membawakan sokongan dual connectivity, pembatalan bunyi hingar aktif dan Advanced EQ.

Seperti kesemua produk Nothing, Nothing ear (2) juga dijangka akan memasuki pasaran Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.