vivo V27 Pro dan vivo V27 dilancarkan secara rasmi dengan kamera premium
vivo secara rasminya telah memperkenalkan vivo V27 Series yang terdiri daripada tiga model iaitu vivo V27e, vivo V27 dan vivo V27 Pro.
Menariknya, vivo V27e telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini pada harga RM 1,299 namun status penawaran vivo V27 dan vivo V27 Pro di pasaran tempatan masih belum diketahui.
vivo V27e kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,299
vivo V27 dan vivo V27 Pro adalah model yang hampir sama namun dengan perbezaan cipset yang digunakan dan kedua model ini juga membawakan ciri potret dan kamera setaraf flagship pada harga lebih berpatutan.
vivo V27 Pro hadir dengan cip MediaTek Dimensity 8200 yang merupakan cip 4nm dengan kelajuan 3.1GHz manakala vivo V27 pula menggunakan cip MediaTek Dimensity 7200 (4nm) dengan kelajuan 2.8GHz. Kedua model ini menawarkan konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 8/128GB (V27 Pro sahaja), 8/256GB dan 12/256GB.
Selain itu, vivo V27 Pro dan vivo V27 memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.
Beralih kepada kamera, vivo V27 Pro dan vivo V27 memiliki sensor utama 50MP Sony IMX766V dengan f/1.8 dan OIS, satu sensor ultrawide 8MP dan sensor makeo 2MP serta lampu flash LED (ring light).
Dalam pada itu, kamera selfie yang ditawarkan pada kedua model ini adalah jenis 50MP dengan pemfokusan auto.
Selain itu, vivo V27 Pro dan vivo V27 juga memiliki bateri berkapasiti 4,600mAh dengan pengecasan pantas 66W, antaramuka FunTouch OS 13 yang berasaskan Android 13, Bluetooth 5.3, sokongan 5G NSA dan SA serta berat 182 gram.
Harga vivo V27 bermula pada harga INR 32,999 (RM 1,789) manakala vivo V27 Pro bermula dari INR 37,999 (RM 2,060).