Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Find N2 Flip kini rasmi di Malaysia pada harga RM 3,999

Seperti diumumkan sebelum ini, OPPO secara rasminya telah melancarkan telefon pintar boleh lipat kompak syarikat ini iaitu OPPO Find N2 Flip ke pasaran Malaysia dengan harga RM 3,999.

Terus ke spesifikasi, OPPO Find N2 Flip mempunyai skrin paparan luaran yang lebih besar berbanding telefon pintar Flip yang lain iaitu panel OLED berukuran 3.62-inci dengan kadar segar semula 60Hz

Bercakap mengenai skrin utama, OPPO Find N2 Flip tampil dengan skrin LTPO AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz (1-120Hz) dan kecerahan maksima 1,600nits.

Seterusnya, OPPO Find N2 Flip dikuasakan dengan cipset daripada MediaTek iaitu Dimensity 9000+ dan terdapat  8GB RAM LPDRR5 dan storan dalaman 256GB jenis UFS 3.1.

Beralih kepada kamera, OPPO Find N2 Flip memiliki sensor utama 50MP IMX890 yang sama seperti pada Find N2 namun dipadankan dengan sensor ultrawide 8MP dan tiada sensor telefoto. Terdapat kamera selfie 32MP pada paparan utama. Find N2 Flip juga disertakan dengan cip NPU MariSilicon X namun sistem kamera Hasselblad tidak disertakan.

Selain itu, OPPO Find N2 Flip turut disertakan dengan bateri berkapasiti 4,300mAh yang merupakan kapasiti terbesar pada telefon pintar kategori Flip dan ianya juga dipadankan bersama pengecasan pantas 44W yang memberikan pengecasan penuh didalam masa sekitar 60 minit.

Dalam pada itu, OPPO Find N2 tidak mempunyai sebarang perlindungan daripada air dan habuk dan panel luar telefon pintar ini juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

OPPO Find N2 Flip hadir dalam dua warna iaitu Astral Black dan Moonlit Purple

OPPO Find N2 Flip kini telah dibuka  untuk pratempahan bermula dari 2 Mac hingga 10 Mac 2023. Para pelanggan yang membuat pra tempahan akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM637, yang merangkumi:

Jaminan lanjutan satu tahun bernilai RM259
OPPO Enco Air3 bernilai RM249
Selangsong telefon OPPO Find N2 Flip bernilai RM129

Selain itu, pelanggan kini boleh mendapat potongan 50% untuk Pelan Perlindungan Skrin OPPO Care pada RM299 sahaja (RRP RM599), yang menyediakan penggantian skrin percuma sekali sahaja apabila skrin OPPO Find N2 Flip rosak akibat terjatuh atau perlanggaran secara tidak sengaja.

Pratempahan adalah tersedia di kesemua My OPPO Space, Kedai Jenama OPPO, Kedai Dalam Talian Rasmi OPPO, Rakan Kongsi Telekomunikasi, rakan kongsi E-dagang (Shopee dan Lazada) dan rakan kongsi kedai Rangkaian OPPO.

 Bukan itu sahaja – untuk meraikan Hari Wanita Sedunia, para pelanggan yang membuat pratempahan OPPO Find N2 Flip dari 2 hingga 5 Mac 2023 di Kedai Jenama OPPO terpilih dan Kedai Dalam Talian Rasmi OPPO akan turut layak menerima satu hadiah misteri tambahan dan menerima telefon itu tiga hari lebih awal daripada para pengguna pasaran Malaysia, iaitu pada 8 Mac.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.