Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

MWC 2023 : OnePlus 11 Concept diperkenalkan dengan teknologi penyejukan Active CryoFlux seperti pada komputer

MWC 2023 : OnePlus 11 Concept diperkenalkan dengan teknologi penyejukan Active CryoFlux seperti pada komputer 1

MWC 2023 : OnePlus 11 Concept diperkenalkan dengan teknologi penyejukan Active CryoFlux seperti pada komputer 2

OnePlus telah membuat penampilan di Mobile World Congress selepas melancarkan OnePlus 11 5G baru-baru ini.

Penampilan OnePlus di MWC 2023 yang kini sedang berlangsung di Barcelona telah menyaksikan syarikat ini memperkenalkan OnePlus 11 Concept yang tampil dengan teknologi penyejukan yang pertam kali digunakan pada telefon pintar iaitu Active CryoFlux.

Ciri utama OnePlus 11 Concept ialah Active Cryoflux—penandaras baharu dalam teknologi penyejukan, yang boleh mengurangkan suhu sehingga 2.1 ℃, meningkatkan kadar bingkai sebanyak 3-4 fps semasa permainan. CryoFlux Aktif juga berupaya menurunkan suhu semasa pengecasan sebanyak 1.6 ℃ – mengurangkan waktu pengecasan antara 30 hingga 45 saat.

Active CryoFlux berfungsi dengan pam mikro piezoelektrik seramik gred industri di tengah, yang disambungkan ke saluran paip yang diapit di antara diafragma atas dan bawah. Pam mikro mengambil keluasan kurang daripada 0.2 cm2, membolehkan cecair beredar di sekitar saluran paip tanpa meningkatkan berat dan ketebalan telefon dengan ketara.

OnePlus 11 Concept direka untuk menunjukkan kebolehan ActivesCryoFlux dari segi estetika. Peranti ini tampil dengan rekaan futuristik yang berasaskan unibodi kaca melengkung untuk bezel yang lebih nipis panel belakang yang jelas memberikan visual memukau cecair mikro yang mengalir melalui saluran paip.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.