Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme mungkin lancar telefon pintar dengan animasi seperti Dynamic Island di MWC 2023

Sejak Apple memperkenalkan rekaan Dynamic Island pada Apple iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max pada bulan September yang lalu, sudah mula tertiris beberapa pengeluar Android yang mahu melancarkan sistem animasi yang sama seperti dimiliki telefon pintar ini.

Persoalan ini mungkin terjawab di MWC minggu hadapan kerana realme dilaporkan akan melancarkan telefon pintar realme C Series dengan animasi mirip Dynamic Island.

Berdasarkan imej GIF yang dikongsikan oleh evanblass, rekaan Dynamic Island yang digunakan realme ini adalah lebih memanjang namun mempunyai fungsi yang sama seperti paparan pengecasan SuperVOOC.

Walaubagaimanapun, buat masa ini juga tidak dapat dipastikan samada aplikasi pihat ketiga juga akan menerima akses kepada animasi khas realme ini.

Jika benar dilancarkan di MWC, kita mungkin akan menerima jawapan rasmi seawal minggu hadapan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.