Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition akan tiba di Malaysia tidak lama lagi

realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition akan tiba di Malaysia tidak lama lagi 7

realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition telah dilancarkan di pasaran India pada 10 Februari yang lalu dan Malaysia telah disahkan sebagai antara 5 pasaran global untuk menerima telefon pintar edisi khas ini.

 

realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition akan tiba di Malaysia tidak lama lagi 8

Telefon pintar edisi khas ini menampilkan elemen reka bentuk klasik Coca-Cola dengan kombonasi warna merah & hitam. Reka bentuk panel belakang asimetri 70/30 menyerlahkan logo Coca-Cola dengan tiga titik hitam dan tujuh titik merah, menjadikan logo klasik itu dapat dikenali serta-merta. Coke® red memberikan perasaan yang positif, awet muda dan bertenaga.

realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition akan tiba di Malaysia tidak lama lagi 9

Selain itu, realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition ini akan turut menampilkan animasi pengecasan bertema coke, ikon aplikasi, sim tray ejector seperti penutup botol kaca coca cola, 30 pelekat istimewa coca cola dan banyak lagi.

Dalam pada itu, spesifikasi telefon pintar ini dijangka sama seperti realme 10 Pro 5G yang biasa dan ianya akan memiliki 8GB RAM + 8GB Dynamic RAM.

Buat masa ini pihak realme Malaysia belum mengesahkan bila telefon pintar ini akan dilancarkan di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.