Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Generasi Pertama Apple iPhone telah dilelong pada harga sekitar RM 281,000

Umum diketahui bahawa nilai telefon pintar iPhone mempunyai susut nilai yang lebih rendah berbanding kebanyakkan jenama lain dan ini adalah satu lagi bukti mengenai perkara ini.

Satu lelongan awam untuk unit baharu generasi pertama Apple iPhone yang dikeluarkan pada tahun 2007 telah menyaksikan telefon ini dibeli pada harga $63,356 (RM 280,667).

Apple iPhone yang mempunyai harga RRP $599 pada tahun 2017 ini mempunyai 8GB storan dalaman dan mula dilelong pada 2 Februari yang lalu pada harga $2,500.

Pemilik iPhone ini adalah Karen Green yang telah menerima hadiah daripada rakan beliau kira-kira 15 tahun lalu namun disebabkan Karen adalah pengguna Verizon, beliau tidak dapat menggunakan iPhone ini yang hanya beroperasi pada rangkaian AT&T ketika itu.

Di sebabkan itu, Karen telah menyimpanya didalam kotak asal tanpa membuka plastik dan nilai iPhone ini telah meningkat berlipat kali ganda sejak itu.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.