Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S23 Series akan ditawarkan di Malaysia mulai 24 Februari – percuma Galaxy Watch5

Samsung Malaysia telah mengumumkan bahawa pengguna yang telah membuat pra-tempahan bagi Samsung Galaxy S23 Series akan menerima telefon pintar mereka bermula 17 Februari ini.

Pra-tempahan Samsung Galaxy S23 Series telah dibuka sejak 2 Februari yang lalu iaitu sejurus selepas majlis Samsung Unpacked 2023 yang pertama bagi tahun ini selesai.

Selain itu, Samsung juga telah mengumumkan bahawa jualan rasmi akan bermula pada 24 Februari dan Samsung akan menawarkan jam pintar Galaxy Watch5 (40mm) bernilai RM 1,099 dengan pembelian mana-mana telefon pintar Galaxy S Series.

Walaubagaimanapun , Samsung masih membuka pra-tempahan (sehingga 23 Februari) yang menawarkan anda dua kali ganda storan (bernilai RM 500) secara percuma bersama ebaucar Samsung bernilai RM 400 dengan pra-tempahan di laman rasmi Samsung Malaysia manakala bagi pra-tempahan di Samsung Experience Stores atau Samsung Authorised Partners akan menerima aksesori percuma bernilai sehingga RM 458.

Selain itu, Samsung juga menawarkan anda promosi trade-in yang membolehkan anda menikmati rebat bernilai sehingga RM 600 untuk pembelian Galaxy S S23 Series.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.