Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S23 Series terima pra-tempahan lebih baik dari Galaxy S22 Series

Samsung Galaxy S23 Series terima pra-tempahan lebih baik dari Galaxy S22 Series 3

Pra-tempahan Samsung Galaxy S23 Series telah dibuka sejurus selepas pelancaran dan sambutan yang diterima bagi telefon pintar Galaxy S terbaru Samsung ini dilihat yang terbaik sejak Galaxy Note10.

Laporan di Korea Selatan menyebut bahawa Samsung Galaxy S23 Series telah menerima 1.09 juta pra-tempahan iaitu 7% lebih tinggi berbanding Galaxy S22 Series yang dilancarkan tahun lalu.

Jumlah pra-tempahan ini adalah yang tertinggi di negara Asia selepas Galaxy Note10 yang menerima 1.4 juta pra-tempahan pada tahun 2019.

Selain itu, pecahan model  bagi pra-tempahan adalah 60% bagi Galaxy S23 Ultra, 24% bagi Galaxy S23 dan 15% bagi Galaxy S23+.

Sebagai perbandingan dengan Galaxy Z Series, pra-tempahan Galaxy Z Flip4  dan Z Fold4 tidak mencapai angka 1 juta unit.

Baca : Pandang Pertama Samsung Galaxy S23 Ultra – Upgrade dalaman menyeluruh

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.