Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 11 5G kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia – dari RM 3,299

OnePlus 11 5G yang dilancarkan di Malaysia beberapa hari lalu kini telah dibuka untuk pra-tempahan dengan harga jualan serendah dari RM 3,299.

OnePlus 11 5G 8/128GB akan ditawarkan pada harga RM 3,299 iaitu didalam warna Titan Black manakala versi 16/256GB akan ditawarkan pada harga RM 3,599 didalam warna Eternal Green.

pra-pesanan akan dibuka dari 16 Februari  sehingga 24 Februari ini dengan ganjaran tambahan seperti berikut:

  • Percuma OnePlus Buds Pro 2
  • Percuma OnePlus 11 5G Bumper Case Sandstone
  • Percuma Waranti Lanjutan 1 tahun
  • Perlindungan Skrin 1 tahun percuma
  • Peluang menyertai cabutan bertuah
  • poskad Jackson Wang

Untuk jualan pertama yang akan bermula dari 25 Februari hingga 3 Mac, pengguna akan menerima ganjaran seperti berikut :

  • Diskaun Buds Pro 2 PWP RM200
  • Percuma OnePlus 11 5G Bumper Case Sandstone
  • Percuma Waranti Lanjutan 1 tahun
  • Perlindungan Skrin 1 tahun percuma
  • Peluang menyertai cabutan bertuah
  • poskad Jackson Wang

Dapatkan OnePlus 11 5G di Shopee, Lazada atau stor OnePlus yang berdekatan.

Baca Ulasan : ULASAN : OnePlus 11 5G – Kembalinya sebuah peranti flagship killer

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.