Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

DJI Mini SE 2 kini rasmi di Malaysia pada harga mampu milik RM 1,599

DJI secara rasmi rasminya telah melancarkan dron kompak terbaru iaitu DJI Mini 2 SE  yang mempunyai berat hanya 249 gram yang bermaksud ianya tidak tertakluk kepada peraturan ketat bagi dron di beberapa negara.

DJI Mini 2 SE ialah tambahan terbaru kepada Siri Mini DJI yang menyediakan beberapa ciri pintar, menjadikannya mudah untuk digunakan dalam pelbagai senario penerbangan.

DJI Mini 2 SE menyokong sehingga 10 km transmisi video HD, memberikan anda keupayaan untuk terbang lebih jauh dan melihat dengan lebih jelas, dan dengan masa penerbangan maksimum 31 minit anda pasti dapat menangkap imej yang anda inginkan.

Di samping ciri pintar, yang membolehkan kemudahan terbang,DJI Mini 2 SE menawarkan ciri pintar, termasuk QuickShots dan Panorama, untuk tangkapan yang lebih kreatif.

DJI Mini SE 2

Gimbal canggih membolehkan sistem penstabilan mekanikal 3 paksi untuk imejan lancar secara konsisten. Kamera berkuasa membolehkan zoom digital 4X yang membolehkan anda beralih antara tangkapan jarak dan komposisi yang berbeza-beza semasa merakam video HD.

Ciri-ciri utama
● dibawah-249 gram: Dron boleh lipat ultra ringan dengan berat kurang daripada 249 g yang mesra peraturan
● Teknologi Transmisi DJI O2: Julat penghantaran video maksimum sejauh 10 km dengan keupayaan anti-gangguan yang sangat baik
● Pengimejan berkualiti tinggi: Gimbal 3 paksi dan sensor CMOS 1/2.3 inci yang mampu mengambil gambar 12MP dan rakaman video 2.7K
● Masa penerbangan lanjutan: Menawarkan masa penerbangan maksimum sehingga 31 minit
● Kawalan penerbangan intuitif: Menawarkan satu ketikan berlepas dan mendarat, melayang stabil, ciri return to home
● Ciri pintar: QuickShots dan Panorama memberikan kemungkinan penangkapan kreatif
● Rintangan angin Tahap 5: Pada kelajuan angin 10.7 m/s, pesawat masih boleh berlegar dengan stabil dan memastikan pengambilan imej yang stabil

DJI Mini SE 2 Fly More Combo

DJI Mini SE 2 kini ditawarkan di Malaysia pada harga serendah RM 1,599 dan RM 2,149 bagi Fly More Combo dengan pembelian kini boleh dSHOPEE , LAZADA dan DJI  authorized store.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.