Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 11 5G dan OnePlus Buds Pro 2 akan dilancarkan di Malaysia pada 14 Februari ini

OnePlus secara rasminya telah mengesahkan bahawa OnePlus 11 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 14 Februari ini.

OnePlus 11 5G akan dilancarkan untuk pasaran global pada jam 10 malam ini dan Malaysia akan menjadi antara negara terawal untuk menerima telefon pintar ini.

Selain OnePlus 11 5G, OnePlus juga dijangka akan memperkenalkan TWS flagship terbaru syarikat ini iaitu OnePlus Buds Pro 2.

OnePlus 11 5G merupakan telefon pintar flagship syarikat ini dan ianya akan dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 selain menggunakan teknologi kamera Hasselblad yang memasuki generasi kedua.

Dalam pada itu, OnePlus juga telah mengumumkan Jackson Wang sebagai duta OnePlus bagi pasaran APAC.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.