Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S23 Series kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia – dari RM 3,899

Samsung Galaxy S23 Series telah dilancarkan sebentar tadi dan Samsung kini telah membuka pra-tempahan bagi telefon pintar ini di Malaysia dan semestinya dengan ganjaran tambahan yang terhad.

Samsung Galaxy S23 Ultra kini rasmi dengan sensor 200MP dan cip flagship Snapdragon 8 Gen 2 khas – dari RM 5,699

Samsung Galaxy S23 Ultra kini rasmi dengan sensor 200MP dan cip flagship Snapdragon 8 Gen 2 khas – dari RM 5,699

Sebelum melihat lebih lanjut mengenai promosi pra-tempahan yang ditawarkan oleh Samsung, mari kita lihat harga jualan Samsung Galaxy S23 Series di Malaysia

Berikut adalah harga Samsung Galaxy S23 Series di Malaysia :

Samsung Galaxy S23 8/128GB – RM 3,899

Samsung Galaxy S23 8/256GB – RM 4,199

Samsung Galaxy S23+ 8/256GB – RM 5,699

Samsung Galaxy S23+ 8/512GB – RM 6,199

Samsung Galaxy S23 Ultra 12GB/256GB – RM 5,699

Samsung Galaxy S23 Ultra 12GB/512GB – RM 6,199

Samsung Galaxy S23 Ultra 12GB/1TB – RM 7,199

Walaubagaimanapun, Samsung Malaysia telah mengumumkan bahawa ianya akan menawarkan peningkatan kapasiti pada harga sama yang bermaksud anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy S23 Ultra 512GB pada harga RM 5,699 manakala Samsung Galaxy S23 Ultra 1TB boleh dimiliki pada harga RM 6,699.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy S23 256GB pula akan ditawarkan pada harga RM 3,899 manakala Samsung Galaxy S23+ 512GB pula akan ditawarkan pada harga RM 4,699 sahaja.

Selain itu, anda juga boleh dapatkan diskaun sehingga 30% bagi pembelian dengan aksesori Samsung, tablet, jam pintar Galaxy, Siri Galaxy Buds dan Samsung Care+ yang terpilih. Anda juga boleh melakukan ‘trade-in’ peranti lama anda dan meninkmati rebat tambahan sehingga RM600.

Tidak setakat itu, Samsung juga akan menawarkan ebaucar bernilai RM 400 dengan pra-tempahan di laman rasmi Samsung Malaysia manakala bagi pembelian di Samsung Experience Stores  atau Samsung Authorised Partners anda akan menerima aksesori percuma bernilai sehingga RM 458.

Pra-tempah melalui pautan dibawah :

Samsung Galaxy S23+ | Samsung Galaxy S23:https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s23/buy/
Pra-tempahan akan dibuka dari 2 Februari sehingga 23 Februari 2023
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.