Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S23 Ultra kini rasmi dengan sensor 200MP dan cip flagship Snapdragon 8 Gen 2 khas – dari RM 5,699

6D7347E3-24E0-4F0F-B10F-E73575520CFC.jpeg

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar flagship premium terbaru syarikat ini iaitu Samsung Galaxy S23 Ultra.

Samsung Galaxy S23 Series akan membawa pengalaman premium flagship ke satu tahap yang lebih tinggi dengan memfokuskan kepada tiga aspek utama iaitu kamera terbaik, prestasi gaming lebih berkuasa dan reka bentuk yang mementingkan teknologi mampan.

Samsung Galaxy S23 Series terdiri daripada tiga model iaitu Samsung Galaxy S23, Samsung Galaxy S23+ dan Samsung Galaxy S23 Ultra.

Artikel ini kita akan memperkatakan secara eksklusif mengenai Galaxy S23 Ultra manakala laporan mengenai Samsung Galaxy S23 dan Galaxy S23+ ada pada artikel berasingan yang anda boleh baca di sini :

Samsung Galaxy S23 dan Galaxy S23+ kini rasmi dengan reka bentuk baharu dan cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy – dari RM 3,899

E2C9E724-8DF5-4788-9A5C-69C9A830BF82.jpeg

Samsung Galaxy S23 Ultra

Samsung Galaxy S23 Ultra tampil dengan reka bentuk yang hampir sama seperti generasi sebelum ini dan ianya dilengkapi skrin paparan Panel Dynamic AMOLED 2x S berukuran 6.8-inci Edge QHD+ yang mempunyai kadar segar semula Super Smooth 120Hz.

Selain itu, Samsung mendakwa permukaan rata pada skrin Samsung Galaxy S23 Ultra adalah lebih besar berbanding pada Galaxy S22 Ultra dan ianya juga tampil dengan Advanced Vision Booster 3 tahap dan Enhanced Comfort.

B4485364-64FE-4222-9EE1-BA3C8ED4C3A0.jpeg

Samsung Galaxy S23 Ultra tampil dengan reka bentuk yang diperbuat daripada rangka angka Armor Aluminium dan lapisan gelas Corning Glass Victus 2 pada hadapan dan belakang yang pertama kali digunakan pada telefon pintar.

60903AD8-629C-45AA-8C00-7E55C683899B.jpeg

Selain itu, Samsung Galaxy S23 Ultra juga mempunyai lebih banyak komponen yang diperbuat daripada bahan kitar semula seperti panel gelas hadapan dan belakang, SIM Tray, butang kuasa dan butang kelantangan bunyi.

Seterusnya, Samsung Galaxy S23 Ultra dijana cip pemprosesan flaghsip terbaru daripada Qualcomm yang mempunyai kelajuan yang lebih tinggi berbanding versi yang ditawarkan kepada pengeluar lain dan ianya dikenali sebagai Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy bersama 12GB RAM manakala storan dalaman bermula dari 256GB.