Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Book3 Ultra dan Book3 Pro kini rasmi – komputer riba premium terbaik Samsung

Samsung juga telah berkongsi pentas pelancaran Samsung Galaxy S23 Series untuk memperkenalkan komputer riba premium terbaru syarikat ini iaitu Galaxy Book3 Series.
Samsung Galaxy Book3 Series tampil didalam tiga model iaitu Galaxy Book3 Pro (16/14-inci), Galaxy Book3 Pro 360 (16-inci) dan Galaxy Book3 Ultra (16-inci) yang pertama kali diperkenalkan.
Kesemua komputer riba Galaxy Book3 Series ini dijana dengan cip pemprosean terbaru daripada Intel iaitu Intel 13th Generation dengan fungsi Multi Control dan Second Screen yang membolehkan komputer riba ini mengakses telefon pintar atau tablet Galaxy anda.
Selain itu, Samsung Galaxy Book3 Series juga akan menikmati 2 bulan penggunaan percuma Adobe Lightroom yang membolehkan anda mengedit gambar RAW yang diambil menggunakan Galaxy S23 Series.
Seterusnya,  Samsung Galaxy Book3 Series juga hadir dengan ciri Galaxy Book Smart Switch yang membolehkan pemindahan data dan fail dari komputer lama anda dengan lebih mudah selain ciri Samsung Pass dan Single Sign On.
Samsung Galxay Book3 Series akan hadir dengan skrin paparan 3K Dynamic AMOLED 2X dengan kadar segar semula sehingga 120Hz dan kecerahan maksima 500nits untuk kandungan HDR.
Dalam pada itu, kesemua model komputer riba ini juga dicaj menggunakan slot USB-C yang sama seperti digunakan pada telefon pintar dan tablet didalam ekosistem Galaxy dan ianya juga mempunyai 1 slot microSD, 1 slot USB 3.2 Type A, HP/MIC,2 slot USB Type-C dengan Thunderbolt 4 dan slot HDMI 2.0 (Ultra)/HDMI 1.4 (Pro Series).
Untuk panggilan video yang lebih imersif, Galaxy Book3 Series juga dilengkapi kamera FHD 1080p, mikrofon kualiti studio dengan ANC dan pembesar suara yang terdiri daripada 2x Woofer Max 5W serta Tweeter Max 2W.
Samsung Galaxy Book3 Ultra
Samsung Galaxy Book3 Ultra merupakan komputer riba premium pertama Samsung yang mempunyai keupayaan tinggi untuk golongan kreatif.
Komputer riba ini akan tampil didalam dua varian yang menggunakan cip Intel 13th Gen i7 atau Intel i9 dengan RAM sehingga 32GB jenis LPDDR5, storan dalaman PCIe 4.0 SSD sehingga 1TB dan CPU 45W serta GPU NVIDIA GeForce RTX 4070/4050.
Komputer riba Ultra ini juga tampil dengan bateri 76Wh dengan pengecasan pantas 100W.
Samsung Galaxy Book3 Ultra mempunyai ketebalan 16.5mm dengan berat sekitar 1.79kg sahaja.
Samsung Galaxy Book3 Pro dan Samsung Galaxy Book3 Pro 360
Samsung Galaxy Book3 Pro dan Galaxy Book3 Pro 360 ditawarkan dengan pemproses Intel 13th-gen 28W Core i5-1340P atau Core i7-1360P dengan tiga kapasiti RAM jenis LPDDR5 iaitu  8/12/16GB  dan storan PCIe 4.0 SSDs berkapasiti 256GB, 512GB atau 1TB.
Samsung Galaxy Book3 Pro 14-inci mempunyai bateri  63Wh , manakala model 16-inci pada Galaxy Book3 Pro dan Book3 Pro 360 mempunyai bateri  76Wh seperti pada Galaxy Book3 Ultra.
Samsung Galaxy Book3 Pro 14-inci mempunyai ketebalan 11.3mm dengan berat 1.17kg manakala model 16-inci mempunyai ketebalan 12.5mm dengan berat 1.56kg. Samsung Galaxy Book3 Pro 360 mempunyai ketebalan 12.8mm dengan berat 1.66kg bagi model biasa dan 1.71kg bagi model 5G.
Samsung Galaxy Book3 Pro 360 ini juga menawarkan sokongan S-Pen dan ditawarkan dengan pembelian peranti.
Walaupun dilancarkan untuk pasaran global,Samsung Galaxy Book3 Pro Series dan Galaxy Book3 Ultra tidak akan memasuki pasaran Malaysia.
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.