Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI P60 Series mungkin dilancarkan pada bulan Mac – guna cip Snapdragon 8 Gen 2 4G

HUAWEI P60 Series mungkin dilancarkan pada bulan Mac - guna cip Snapdragon 8 Gen 2 4G 1

HUAWEI P60 Series mungkin dilancarkan pada bulan Mac - guna cip Snapdragon 8 Gen 2 4G 2

Selepas pelancaran HUAWEI Mate50 Series pada penghujung tahun 2022, HUAWEI dilihat sudah mula bersedia untuk melancarkan telefon pintar HUAWEI P Series pada bulan Mac ini.

Artis lakaran HoiINDI telah mengeluarkan beberapa gambar HUAWEI P60 Pro yang memberikan kita gambaran awal telefon pintar ini.

Berdasarkan lakaran ini, kita boleh melihat bahawa HUAWEI P60 Pro akan tampil dengan reka bentuk modul

HUAWEI P60 Series mungkin dilancarkan pada bulan Mac - guna cip Snapdragon 8 Gen 2 4G 3

kamera yang berbeza dan unik dengan satu sensor utama ditengah bersama sensor ultrawide dan sensor telefoto persikop di sisi.

Selain itu, terdapat juga label XMAGE yang merupakan sistem kamera tersendiri HUAWEI yang telah diperkenalkan pada HUAWEI Mate50 Series.

Selain itu, lakaran ini juga mendedahkan telefon pintar ini akan memiliki skrin paparan melengkung dengan saiz bezel yang amat nipis dan terdapat sensor kamera punch-hole ditengah.

Seterusnya, HUAWEI P60 Pro juga dikatakan akan tampil dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang hanya menyokong rangkaian 4G.

Buat masa ini masih belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada HUAWEI mengenai pelancaran HUAWEI P60 Series.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.