Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI FreeBuds 5i dengan ciri ANC pada harga mampu milik akan tiba di Malaysia pada 25 Januari ini

Huawei secara rasminya telah mengumumkan bahawa  fon telinga  (TWS) dengan pembatalan bunyi hingar aktif (ANC) iaitu HUAWEI FreeBuds 5i akan dilancarkan di Malaysia pada 25 Januari ini.

Huawei FreeBuds 5i juga akan hadir dengan harga yang lebih mampu milik berbanding jenama lain yang tersedia di pasaran.

Dengan matlamat untuk menjadi salah satu fon telinga TWS yang paling mudah diakses, bergaya dan berciri penuh pada harga mampu milik, HUAWEI FreeBuds 5i menjanjikan kualiti audio yang luar biasa dalam reka bentuk yang bergaya.

Ia bukan sahaja menampilkan kualiti audio yang terbaik malah ia turut telah menerima pensijilan Hi-Res Audio Wireless (Hi-Res) yang mengesahkan tindak balas frekuensi yang lebih luas dan kebolehan bunyi resolusi tinggi yang tidak hilang untuk sumber audio HD.

FreeBuds 5i juga disertakan dengan ciri ANC dwi mikrofon, mod EQ, hayat bateri sehingga 28 jam (dengan kes pengecasan), pengecasan pantas untuk memainkan lagu sehingga 4 jam dengan pengecasan selama 15 minit, serta Sokongan Dwi Peranti untuk penukaran yang lancar antara peranti dan sistem operasi yang berbeza.

Untuk meraikan pelancaran HUAWEI FreeBuds 5i ini ,HUAWEI juga akan mengadakan peraduan dalam talian “Guess & Win” bermula 24 Januari di mana HUAWEI akan menghadiahkan tiga unit FreeBuds 5i secara percuma kepada tiga pemenang bertuah melalui Laman Web Rasmi HUAWEI, Lazada dan Shopee.

Para peserta hanya perlu teka harga HUAWEI FreeBuds 5i dan berpeluang untuk membawa pulang fon telinga serba baharu.

Langkah-langkah untuk menyertai peraduan ini adalah seperti berikut:

Langkah 1: Log masuk ke Laman Web Rasmi Huawei atau Stor Rasmi Huawei di Lazada Huawei Flagship Store atau Shopee Huawei Official Store
Langkah  2: Teka harga peranti dan letakkan jawapan di ruang kotak perbualan di saluran yang berkenaan.
Langkah 3: Satu pemenang bertuah akan dipilih dari setiap saluran dan nama pemenang akan diumumkan pada 30 Januari 2023.  

Tips untuk anda: FreeBuds 5i dijangka akan tersedia pada nilai serendah RM450 ke bawah.

Jangan terlepas pelancaran HUAWEI FreeBuds 5i pada 25 Januari 2023. Ketahui lebih lanjut melalui Laman Web Rasmi Huawei, Facebook or Instagram.  

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.