Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO A78 5G akan ditawarkan di Malaysia mulai 14 Januari – harga RM 1,099 sahaja

OPPO secara rasminya telah mengumumkan penawaran telefon pintar midrange OPPO A78 5G di Malaysia mulai 14 Januari ini pada harga RM 1,099 sahaja.

OPPO A78 5G memiliki skrin paparan berukuran 6.56-inci  dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz serta ciri All-Day AI Eye Comfort.

Selain itu, OPPO A78 5G juga dijana cip MediaTek Dimensity 700, 8GB RAM bersama teknologi RAM Expansion yang memberikan tambahan 8GB RAM,  storan dalaman 128GB bersama sokongan kad microSD sehingga 1TB dan antaramuka ColorOS 13.

Beralih ke kamera, OPPO A78 5G tampil dengan satu sensor utama 50MP dan sensor potret 2MP. kamera selfie adalah unit 8MP.

Dalam pada itu, OPPO A78 5G juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 33W SUPERVOOC yang membolehkan pengecasan dari tahap 0% ke 100% dicapai didalam masa 67 minit sahaja. OPPO A78 5G juga memiliki pembesar suara stereo.

OPPO A78 5G akan ditawarkan didalam dalam dua warna  iaitu Glowing Purple dan Glowing Black bersama rekaan yang nipis iaitu hanya 7.9mm dan berat 188gram.

OPPO A78 5G akan dijual pada harga RM1099 di semua My OPPO Space, Kedai Jenama OPPO, Kedai Dalam Talian Rasmi OPPO, Kedai Dalam Talian Sah OPPO, Rakan Kongsi Kedai Rangkaian, rakan kongsi E-dagang dan rakan telekomunikasi seperti Maxis dan U-mobile. Bagi pengguna Celcom dan Digi, OPPO A78 5G akan tersedia mulai 7 Feb .

Pelanggan yang membuat pembelian di Kedai Jenama OPPO akan turut menerima sebuah OPPO Band secara percuma bernilai RM159.

Untuk info lanjut mengenai A78 5G, sila lawati https://www.oppo.com/my/smartphones/series-a/a78-5g/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.