Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S23 Ultra akan memiliki speaker yang lebih kuat, pemfokusan dan pengstabilan imej juga lebih baik

Samsung Galaxy S23 Ultra akan memiliki speaker yang lebih kuat, pemfokusan dan pengstabilan imej juga lebih baik 5

Samsung Galaxy S23 Ultra akan dilancarkan pada 1 Februari ini dan dari segi luaran ianya tidak mempunyai sebarang perbezaan berbanding Galaxy S22 Ultra.

Walaubagaimanapun, dari segi spesifikasi dalaman Samsung Galaxy S23 Ultra akan tampil dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan sensor utama 200MP.

Selain itu, Ice Universe melaporkan bahawa pemfokusan pada Samsung Galaxy S23 Ultra tidak akan menjadi isu seperti pada Galaxy S20 Ultra yang pertama kali tampil dengan sensor 100MP.

Samsung Galaxy S23 Ultra akan memiliki speaker yang lebih kuat, pemfokusan dan pengstabilan imej juga lebih baik 6

Memandangkan Galaxy S23 Ultra akan tampil dengan generasi sensor 200MP, Samsung berazam untuk memastikan isu seperti ini tidak berulang dan leakster ini juga mendakwa pengstabilan juga telah ditambahbaik.

Selain itu, Ice Universe juga berkata bahawa pembesar suara pada Samsung Galaxy S23 Ultra juga telah ditambah baik terutamanya kesan bunyi bass.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.