Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Malaysia buka pendaftaran minat bagi Galaxy S23 Series – dapat baucar RM 200

Samsung Galaxy S23 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Februari ini dan seperti biasa, Malaysia akan menjadi antara pasaran terawal didunia untuk menerima generasi baharu Galaxy ini.

Sehubungan dengan itu, Samsung Malaysia kini telah membuka pendaftaran minat bagi Galaxy S23 Series dan ianya turut menawarkan ebaucar RM 200 yang akan dikreditkan selepas anda menempah telefon pintar Galaxy S23 Series ini.

Apa yang anda perlu lakukan ialah mengikuti langkah mudah di bawah:

1. Klik pada www.samsung.com/my/unpacked/

2. Isikan butiran anda dan “Daftar Sekarang” untuk mendapatkan kemas kini terkini

Majlis pelancaran Samsung Unpacked 2023 ini boleh disaksikan secara langsung pada 2 Februari bermula jam 2 pagi melalui YouTube Samsung Malaysia , laman web Samsung Malaysia, Facebook Samsung Malaysia dan di Samsung Malaysia Newsroom.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.