Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy F04 dilancarkan secara rasmi pada harga sekitar RM 345

Samsung secara rasminya telah melancarkan telefon pintar entry-level Samsung Galaxy F04 yang memasuki pasaran India dan mungkin ke pasaran global lain tidak lama lagi.

Samsung Galaxy F04 hadir dengan skrin paparan PLS LCD dengan resolusi HD+, cip MediaTek Helio P35, 4GB RAM dan storan dalaman 64GB.

Selain itu, Samsung Galaxy F04 juga memiliki sensor kamera 13MP bersama sensor depth 2MP dan tidak lupa kamera selfie 5MP.

Seterusnya, Samsung Galaxy F04 turut disertakan dengan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W dan antaramuka OneUI yang berasaskan Android 12 namun telah dijanjikan dua kemaskini OS Android.

Samsung Galaxy F04 kini ditawarkan didalam dua warna iaitu Jade Purple dan Opal Green pada harga promosi yang bermula dari INR 6,499 (RM 345).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.