Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco C50 dilancarkan secara rasmi dengan skrin HD+ dan cip Helio A22 – harga sekitar RM 345

Poco secara rasminya telah memulakan tahun 2023 dengan pelancaran telefon pintar entry-level terbaru mereka iaitu Poco C50

Poco C50 hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.52-inci dengan resolusi 1600×720

Selain itu, Poco C50 dijana cip Helio A22 daripada MediaTek yang dipadan dengan 2GB atau 3GB RAM dan storan dalaman 32GB.

Beralih ke kamera, Poco C50 memiliki sensor utama 8MP bersama satu sensor sampingan untuk depth manakala kamera selfie adalah 5MP.

Seterusnya, Poco C50 juga disertakan dengan bateri 5,000mAh bersama pengecasan 10W, Android 12 Go Edition dan sensor capjari pada panel belakang.

Akhir sekali, Poco C50 akan ditawarkan didalam warna Royal Blue dan Country Green yang memiliki kemasan seperti kulit pada harga dari INR 6,499 (RM 345).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.