Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Teknologi kamera OnePlus 11 didedahkan secara rasmi – dilancar hari ini

OnePlus 11 akan dilancarkan secara rasmi di pasaran China lewat hari ini dan syarikat ini telah mendedahkan maklumat kamera yang akan dimiliki telefon pintar flagship 2023 syarikat ini.

OnePlus telah mendedahkan setiap sensor yang akan digunakan pada telefon pintar ini dan ianya didakwa setiap sensor adalab pada tahap flagship.

Pertama, OnePlus 11 akan memiliki sensor utama 50MP iaitu sensor IMX890 manakala sensor ultrawide yang digunakan adalah sensor 48MP Sony IMX581 yang mempunyai pemfokusan auto bersama sokongan fotografi makro.

Seterusnya, OnePlus 11 juga memiliki sensor telefoto 2x iaitu Sony IMX709 yang merupakan sensor RGWB untuk meningkatkan penyerapan cahaya dan memberikan hasil potret yang lebih profesional.

Melengkapkan teknologi kamera ini adalah sentuhan daripada Hasselblad yang akan memastikan OnePlus sebagai antara telefon pintar flagship dengan teknologi kamera terbaik pada tahun 2023.

Dalam pada itu, OnePlus 11 juga memiliki skrin paparan LTPO 3.0 bersama sokongan Dolby Vision dan dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 serta kapasiti RAM sehingga 16GB.

Akhir sekali, OnePlus juga telah mengesahkan bahawa OnePlus 11 akan dilancarkan untuk pasaran global pada 7 Februari 2023.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.