Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S23 Series tidak akan mempunyai versi 128GB

Samsung dilaporkan akan melancarkan kesemua model Galaxy S23 Series akan mempunyai storan dalaman permulaan 256 GB.

Menurut laporan Ahmed Qwaider di Twitter, Samsung tidak lagi akan menawarkan varian 128GB yang turut bermaksud Samsung Galaxy S23 Ultra tidak akan mempunyai varian 8GB RAM.

Selain itu, Samsung Galaxy S23 Ultra juga dikatakan akan memiliki 12GB RAM dengan tiga storan dalaman iaitu 256GB, 512GB dan 1TB

Seterusnya itu, Samsung juga dijangka akan menggunakan storan jenis UFS 4.0 yang akan membawakan 2x kelajuan bacaan dan 46% penjimatan tenaga yang mungkin meningkatkan jangka hayat bateri telefon pintar flagship ini.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy S23 Series juga dijangka akan menggunakan RAM jenis LPDDRX5 dan cip Snapdragon 8 Gen 2 secara eksklusif.

https://twitter.com/AhmedQwaider888/status/1609409137221468160?s=20&t=BOYBIUjA36n_FUfiFYAlDQ

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.