Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

India wajibkan semua telefon pintar guna USB-C menjelang tahun 2025

India wajibkan semua telefon pintar guna USB-C menjelang tahun 2025 3

India dilihat akan mewartakan undang-undang yang mewajibkan telefon pintar yang dijual dinegara itu memiliki pengecasan USB-C menjelang March 2025.

India merupakan pasaran telefon pintar kedua terbesar didunia dan negara ini mengikut jejak langkah Kesatuan Eropah yang akan mewajibkan semua peranti mudah alih tampil dengan pengecasan USB-C menjelang 28 Disember 2024.

Tujuan pelaksanaan ini adalah untuk mengurangkan pembaziran elektronik dan menyeragamkan penggunaan satu standard pengecasan untuk semua peranti.

India adalah pasaran yang mempunyai lebih 95% pengguna peranti Android namun pertumbuhan pengguna iPhone juga semakin tinggi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.