Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

300,000 unit Redmi K60 Series berjaya di jual didalam masa 5 minit sahaja

Xiaomi telah mengumumkan bahawa sebanyak 300,000 unit Redmi K60 Series telah terjual didalam masa 5 minit selepas jualan pertama dibuka di China.

Xiaomi Redmi K60 Series terdiri daripada tiga model iaitu Redmi K60E yang dijana cip MediaTek Dimensity 8200, Redmi K60 dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 dan Redmi K60 Pro yang hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2.

Walaupun jualan ini adalah tinggi, ianya masih tidak dapat menyaingi Redmi K50 Series yang berjaya menjual 330,000 unit dan ianya terdiri daripada dua model sahaja.

Redmi K60 Series mungkin memasuki pasaran global dibawah jenama lain milik Xiaomi seperti Poco.

Redmi K60 Pro dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan sensor utama 50MP IMX800 – harga dari RM 2,093

Redmi K60 dan Redmi K60E kini rasmi – spesifikasi premium tetapi harga masih berpatutan

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.