Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi K60 Pro dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan sensor utama 50MP IMX800 – harga dari RM 2,093

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Redmi K60 Series yang terdiri daripada tiga model iaitu Redmi K60, Redmi K60 Pro dan Redmi K60E.

Artikel ini akan memfokuskan kepada model flagship didalam siri ini iaitu Redmi K60 Pro yang dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, tiga pilihan RAM iaitu 8GB,12GB atau 16GB dan storan dalaman 128GB,256GB atau 512GB.

Redmi K60 Pro hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi 2K (3200 x 1440) yang menyokong kadar segar semula 120Hz, kecerahan maksima 1,400nits, HDR10+ dan sensor capjari terbina dalam skrin.

Selain itu, Redmi K60 Pro dilengkapi sensor utama 50MP Sony IMX800 dengan OIS dan EIS, sensor ultrawide 8MP dengan 118° FoV dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Beralih kepada bateri, Redmi K60 Pro memiliki sel berkapasiti 5,000mAh dengan pengesacan 120W yang memberikan pengecasan penuh didalam masa 19 minit dan pengecasan ini turut diselia oleh cip Surge P1.

Dalam pada itu, Redmi K60 Pro juga menyokong pengecasan tanpa wayar 30W dan terdapat juga sistem penyejukan VC 5000 sq. mm.

Redmi K60 Pro ditawarkan didalam empat warna iaitu Green, White, Black, dan Champion Performance Edition pada harga dari CNY 3,299 (RM 2,093).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.