Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S23 Series akan dilancarkan pada 1 Februari 2022

Samsung Galaxy S23 Series telah hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini dan ini mungkin petunjuk jelas bahawa pengumuman rasmi mengenai pelancaran telefon pintar ini akan berlaku didalam waktu terdekat.

@OnLeaks dan Ice Universe telah mendakwa bahawa Samsung Galaxy S23 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Februari 2023.

Ini bermaksud pelancaran Samsung Galaxy S Series pada tahun ini akan berlangsung 8 hari lebih awal dan laporan ini dijangka tepat memandangkan kredibiliti kedua-dua leakster ini.

Selain itu, Samsung dijangka akan mengeluarkan pengesahan rasmi mengenai majlis pelancaran Samsung Unpacked 2023 didalam waktu masa beberapa hari atau minggu.

Apa yang pasti, Samsung Galaxy S23 Series akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 secara eksklusif yang bermaksud tiada versi Exynos akan ditawarkan dimana-mana pasaran.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.