Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

nubia Red Magic 8 Pro Series akan dilancarkan pada 26 Disember ini

Jenama telefon pintar gaming nubia Red Magic telah mula memasuki pasaran Malaysia secara rasmi beberapa bulan yang lalu dengan model Red Magic 7s Pro.

Selepas ini, nubia Red Magic 8 Pro Series dijangka akan turut memasuki pasaran Malaysia dan telefon pintar ini akan dilancarkan secara rasmi dipasaran China pada 26 Disember ini.

Red Magic 8 Pro Series dilihat akan tampil dengan reka bentuk yang lebih menarik iaitu rekaan yang chasis yang lebih ‘flat’ dan bezel yang nipis.

Selain itu, beberapa maklumat mengenai nubia Red Magic 8 Pro Series ini juga telah diketahui dimana ianya akan tampil dengan panel skrin paparan BOE yang memiliki sisi bezel 1.48mm, nisbah skrin 97.3%, kamera selfie in-display dan kadar segar semula 120Hz.

Dalam pada itu, telefon pintar ini juga dijangka akan tampil dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, sensor utama 50MP GN5 dan pengecasan pantas 165W pada paling premium.

Akhir sekali, syarikat ini juga dikatakan akan memperkenalkan logo baharu bersama pelancaran nubia Red Magic 8 Pro Series.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.