OnePlus 11 telah dikesan di AnTuTu dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan 16GB RAM
OnePlus secara rasminya telah mengesahkan bahawa pelancaran global OnePlus 11 akan berlangsung pada 7 Februari 2023 namun telefon pintar dijangka akan dilancarkan untuk pasaran China terlebih dahulu.
Walaupun masih belum ada tarikh pelancaran untuk pasaran China, OnePlus 11 telah dikesan di AnTuTu yang mendedahkan kita spesfikasi utama telefon pintar ini.
OnePlus 11 dengan kod model PBH110 telah dikesan di AnTuTu dan ianya dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 bersama 16GB RAM dengan storan dalaman 512GB jenis UFS 4.0 dan telah memperoleh 1,341,080 mata ujian AnTuTu.
Selain itu, OnePlus 11 juga dijangka akan hadir dengan sistem operasi Android 13, skrin paparan QHD+ berukuran 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz.
Selain itu, OnePlus 11 juga telah disahkan akan hadir dengan tetapan tri-kamera Hasselblad dan alert slider yang kembali ditawarkan selepas tidak ditawarkan pada OnePlus 10T.