Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO umumkan penawaran 4 kemaskini Android kepada telefon pintar flagship terpilih mulai 2023

Antaramuka OPPO yang terbaru iaitu ColorOS 13 telah dilancarkan pada bulan Ogos yang lalu dan OPPO mahu ianya menjadi kemaskini sistem operasi terpantas yang  ditawarkan kepada pengguna telefon pintar syarikat ini.

Walaubagaimanapun, satu berita positif yang pasti lebih mencuri tumpuan adalah pengesahan bahawa OPPO akan mula menawarkan sehingga 4 kemaskini Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan kepada telefon pintar terpilih bermula tahun 2023.

Apa yang pasti adalah ianya dijangka akan ditawarkan kepada beberapa model premium keluaran OPPO seperti Find X6 Series dan Find N2 Series yang akan mula melebarkan sayap ke pasaran global.

Selain itu, anak syarikat OPPO iaitu OnePlus turut menyatakan komitmen yang sama bagi telefon pintar keluaranya bermula tahun 2023.

Ini menjadikan OPPO kini setaraf dengan Samsung didalam menawarkan kemaskini Android yang menariknya lebih komprehensif berbanding Google sendiri.

OPPO Find N2 kini rasmi dengan rekaan lebih kompak dan sistem kamera Hasselblad

OPPO Find N2 Flip dilancarkan dengan cip MediaTek Dimensity 9000+ – pencabar Galaxy Z Flip4

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.