Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Set ‘dummy’ Samsung Galaxy S23 Series dedahkan reka bentuk telefon pintar ini

Samsung Galaxy S23 Series dijangka akan dilancarkan awal tahun hadapan dan gambar set tiruan telefon pintar ini telah mula tersebar dan ini mendedahkan reka bentuk telefon pintar ini.

Berdasarkan set ‘dummy’ yang hadir didalam warna putih, Samsung Galaxy S23 dan Samsung Galaxy S23+ tampil didalam reka bentuk yang berbeza berbanding generasi sebelum ini dimana modul kamera tidak disertakan dengan panel Contour Cut Camera.

Ini bermaksud, Galaxy S23 dan Galaxy S23+ kini lebih mirip kepada reka bentuk sensor kamera individu seperti pada Samsung Galaxy S23 Ultra.

Walaubagaimanapun, reka bentuk Samsung Galaxy S23 Ultra ternyata berbeza daripada Galaxy S23 dan Galaxy S23 dan ianya juga satu-satunya model yang akan mempunyai stylus S-Pen.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.