Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus kini berusia 9 tahun – bakal lancarkan papan kekunci mekanikal tidak lama lagi

OnePlus meraikan ulang tahun ke-9 syarikat ini yang telah ditubuhkan pada tahun 2013.

Sesuai dengan mantera “Never Settle”, OnePlus terus mencipta penanda aras baharu dalam industri tahun ini, terutamanya dengan mengembangkan dan mengekalkan komuniti yang aktif yang kini mempunyai lebih 30 juta ahli Red Cable Club di seluruh dunia.

Komuniti adalah penggerak di belakang OnePlus. Untuk melibatkan diri dengan lebih baik dengan penggunanya dan memanfaatkan kreativiti kolektif, OnePlus melancarkan program ciptaan bersama Power of Community pada Mei 2021.

Penciptaan bersama telah diterapkan sebagai salah satu budaya asas OnePlus yang akan terus diterima dan berkembang dengan bekerjasama dengan pihak ketiga yang berkongsi visi yang sama dengan OnePlus.

Dalam pada itu, OnePlus turut telah mengumumkan bahawa ianya telah berkerjasama dengan pengeluar papan kekunci mekanikal yang terkemuka iaitu Keychron dan hasil kerjasama ini akan menyaksikan OnePlus mengeluarkan papan kekunci mekanikal pertamanya tidak lama lagi yang akan turut ditawarkan di rantau APAC.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.