Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi berjaya jual 300 juta unit Redmi Note Series setakat ini

Xiaomi berjaya jual 300 juta unit Redmi Note Series setakat ini 3

Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan ianya telah berjaya menjual 300 juta unit telefon pintar Redmi Note atau sekitar 60 juta unit pada tahun 2022.

Redmi Note Series telah dilancarkan kira-kira 8 tahun lalu dan ianya adalah siri telefon pintar yang paling laris dipasaran yang juga telah memacu syarikat ini ke posisi ke-3 didalam pasaran telefon pintar global.

Selain itu, pasaran India merupakan pasaran terbesar Xiaomi dan ianya telah kekal sebagai pendahulu pasaran selama beberapa tahun.

Selain itu, Xiaomi juga dilihat semakin agresif didalam mengembangkan perniagaan mereka di China, India dan Eropah serta Asia yang akan menyaksikan pembukaan lebih banyak Mi Store diseluruh pelusuk dunia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.