Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Watch D – Jam Pintar pertama dipasaran dengan ciri bacaan tekanan darah kini rasmi di Malaysia

Selepas pelancaran HUAWEI Mate50 Series di Malaysia baru-baru ini, HUAWEI kini telah mengumumkan penawaran jam pintar HUAWEI Watch D yang mempunyai fungsi lebih dari sebuah jam pintar.

HUAWEI Watch D yang merupakan jam pintar pertama syarikat untuk menawarkan sokongan bacaan tekanan darah.

HUAWEI Watch D tampil dengan reka bentuk segiempat dan ianya juga dilengkapi dengan pensijilan kalis air dan habuk IP68.

Selain kebolehan membaca tekanan darah, HUAWEI Watch D juga boleh merekod bacaan ECG, kadar degupan jantung dan lebih dari 70 aktiviti kecergasan.

Bercakap mengenai bateri, HUAWEI Watch D dilihat mampu menawarkan sehingga 7 hari jangka hayat bateri.

HUAWEI Watch D akan ditawarkan didalam  warna iaitu hitam pada harga RM 1,999 dan pra-tempahan akan dibuka mulai 12 Disember sehingga 23 Disember 2022.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.