Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Find N2 dan Find N2 Flip dilaporkan akan dilancarkan pada 15 Disember ini

OPPO secara tradisinya akan mengadakan sidang OPPO Inno Day yang menyaksikan syarikat ini memperkenalkan inovasi terbaru dan produk terbaru.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, OPPO Inno Day dijangka akan diadakan pada 14 Disember dengan pelancaran OPPO Find N2 pada 15 Disember 2022.

OPPO Find N2 dan Find N2 Flip dilaporkan akan dilancarkan pada 15 Disember ini 3

OPPO Find N2 Series dilaporkan akan ditawarkan didalam dua model iaitu OPPO Find N2 dan OPPO Find N2 Flip

OPPO Find N2 dilaporkan akan menjadi telefon pintar foldable paling ringan dipasaran dengan berat sekitar 240 gram sahaja iaitu 15% lebih ringan berbanding OPPO Find N.

Apa yang lebih menjadi tumpuan adalah samada OPPO Find N2 dan OPPO Find N2 Flip akan memasuki pasaran antarabangsa dan tidak eksklusif untuk pasaran China seperti OPPO Find N.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.