Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi, iQOO, HUAWEI dan MediaTek tunda pelancaran produk di China

Xiaomi, iQOO, HUAWEI dan MediaTek tunda pelancaran produk di China 3

Beberapa pelancaran produk di China akan ditunda kerana kematian Jiang Zemin yang merupakan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis China.

Antara syarikat yang telah mengesahkan penundaan majlis pelancaran produk mereka ialah Xiaomi, Huawei, iQOO dan MediaTek.

Xiaomi sebelum ini dilaporkan akan melancarkan Xiaomi 13 Series pada 1 Disember ini manakala iQOO telah dijadualkan untuk melancarkan iQOO 11 series dan iQOO Neo7 SE pada 2 Disember diikuti pelancaran cip Dimensity 8200 oleh MediaTek serta HUAWEI yang merancang untuk melancarkan beberapa modelĀ jam pintar terbaru syarikat ini.

Kesemua syarikat ini dijangka akan mengumumkan tarikh pelancaran baharu didalam masa terdekat.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.