Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ambil Gambar yang Menawan dengan panduan fotografi terbaik dari HUAWEI

Ambil Gambar yang Menawan dengan panduan fotografi terbaik dari HUAWEI 9

Malaysia mempunyai banyak lokasi yang instagrammable seperti Thean Hou Temple, Elmina Valley Park, Pintasan Saloma dan banyak lagi.  Jurugambar terkenal seperti Abeden, Chai Tak Sun dan David Hogan Jr, telah mencipta gaya fotografi mereka tersendiri dengan penghasilan gambar yang merakamkan keunikan destinasi di Malaysia hanya melalui lensa kamera telefon pintar mereka.

Ini membuktikan kamera mudah alih setanding dengan DSLR malah ia kini semakin mendapat perhatian di kalangan penggemar fotografi.

Walaupun kebanyakan jurugambar profesional bergantung pada kamera DSLR dan alat-alat berteknologi tinggi untuk menghasilkan gambar terbaik, ramai di antara kita, khususnya pengguna telefon pintar, lebih gemar menggunakan kamera padatelefon pintar, lebih-lebih lagi dengan kecekapan kamera telefon pintar zaman sekarang yang boleh bersaing dengan kamera DSLR.

Dengan aplikasi fotografi yang tersedia melalui HUAWEI AppGallery. Appstore, dan lain-lain, pengguna boleh mencipta gambar yang lebih baik dan unik.

Ambil Gambar yang Menawan dengan panduan fotografi terbaik dari HUAWEI 10

Mari lihat cara terbaik untuk memanfaatkan kamera mudah alih anda!

Ketahui Peralatan Anda

Sebagai permulaan, luangkan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan kamera mudah alih anda. Periksa tetapan “auto” pada kamera untuk menentukan fokus, dan exposure ketika menangkap gambar pada tetapan ini. Laraskan dedahan dengan menyentuh skrin untuk menunjukkan titik fokus yang sepatutnya dan pastikan anda mendapatkan pemahaman yang mencukupi mengenai tetapan ini sebelum anda meneroka lebih mendalam pada tetapan manual.

Sekiranya peranti anda tersedia dengan tetapan manual, pastikan anda memanfaatkan beberapa ciri teknikal yang berguna seperti tetapan exposure, imbangan putih dan kelajuan shutter. Luangkanlah masa untuk mempelajari cara menggunakan ciri-ciri ini untuk menangkap gambar yang unik dan menakjubkan!

Ambil Gambar yang Menawan dengan panduan fotografi terbaik dari HUAWEI 11

Belajar Yang Asas

Dalam dunia fotografi, terdapat banyak peraturan yang perlu diperhatikan, seperti Leading Lines, Depth, Symmetry, Golden Ratio dan Rule of Thirds.

Peraturan seperti ini bertindak sebagai garis panduan untuk mencipta gambar yang menarik dari segi visual.

The Rule of Thirds adalah asas bagi peraturan komposisi kerana ia mampu menjadikan imej kelihatan lebih semula jadi lalu menggalakkan aliran mata anda untuk melihat keliling imejtersebut. Sebagai perbandingan, komposisi simetri pula menghasilkan imej yang kelihatan lebih kemas dan profesional, yang juga menawan dan sedap untuk dipandang!

Dapatkan Aplikasi Ini

Untuk meningkatkan kemahiran fotografi sedia ada, anda juga boleh mencuba beberapa aplikasi pengeditan untuk menambah baik kecekapan anda sebagai jurugambar kamera mudah alih. Walaupun aplikasi yang standard sudah cukup bagus untuk tujuan ini, terdapat banyak lagi pilihan aplikasi untuk diteroka. Aplikasi edit gambar menawarkan lebih banyak ciri, tetapan dan penapis untuk mencipta imej ideal anda.

Beberapa aplikasi edit gambar yang boleh anda temui di gedung aplikasi terkemuka seperti HUAWEI AppGallery termasuk:

SnapSeed Membolehkan pengguna menambah baik foto dan menambah penapis digital.
B612 Aplikasi kamera & pengeditan foto/video semua-dalam-satu.
CapCut Editor video dalam talian percuma dengan banyak ciri yang tersedia.
Picsart Editor foto dan video yang mudah digunakan.
camera360 Aplikasi pengeditan foto dan swafoto yang professional dan mudah untuk digunakan.
Meitu Editor foto dan video mudah alih semua-dalam-satu.
Ambil Gambar yang Menawan dengan panduan fotografi terbaik dari HUAWEI 12

Untuk Lebih Mudah, Dapatkan HUAWEI Mate50 Pro

Untuk mendapatkan hasil gambar yang mantap, anda pasti memerlukan peranti pintar yang terbaik. Barangkali anda telah pun mempelajari pelbagai petua fotografi, tetapi hakikatnya, kualiti kamera telefon pintar yang tersedia di pasaran berbeza-beza dan pemilihan peranti memainkan peranan yang penting untuk memenuhi keperluan fotografi anda!

HUAWEI Mate50 Pro yang baru sahaja dinobatkan sebagai Kamera Telefon Pintar No. 1 oleh DXOMARK berasaskan empat teras teknikal: sistem optik, struktur mekanikal, teknologi pengimejan dan pemprosesan imej. Sistem Kamera XMAGE menampilkan Sistem Kamera Ultra Aperture dengan apertur fizikal boleh laras skala-10 yang dilengkapi apertur terluas F1.4. Ia turut menampilkan Super Night Mode, Professional Portrait, dan Super Macro. Dengan kata lain,  HUAWEI Mate50 Pro terbukti mempunyai keupayaan penuh untuk melengkapkan segala keperluan fotografi mudah alih anda.

Dengarkan apa yang dikatakan oleh pakar fotografi mengenai kehebatan HUAWEI Mate50 Pro: https://youtu.be/JCdt2e8hLAg

Jangan tunggu lagi, dapatkan siri HUAWEI Mate50 di Laman Web Rasmi HUAWEI, HUAWEI Experience Stores, Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee, Kedai Utama HUAWEI di Lazada, dan semua Kedai Rakan Kongsi HUAWEI yang sah seperti Senheng, SenQ, Harvey Norman dan Urban Republic.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.