Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Bagaimana HUAWEI menjamin keselamatan dan privasi pengguna pada HUAWEI Mate50 Series


HUAWEI Mate50 Series telah mula ditawarkan di Malaysia sejak 12 November yang lalu dan ianya telah menerima sambutan yang sangat baik dikalangan pengguna tempatan.

Sebab utama HUAWEI Mate50 Series menjadi telefon pintar terhangat di Malaysia boleh dikatakan kerana kematangan HUAWEI AppGallery yang kini merupakan aplikasi ketiga terbesar dunia dengan lebih 730 juta pengguna aktif setiap bulan dan pertumbuhan stor aplikasi ini di peringkat global juga adalah tinggi iaitu pada kadar 57%.

HUAWEI AppGallery kini menampilkan pelbagai aplikasi popular di Malaysia berdasarkan kategori seperti dibawah :  

  • Aplikasi perbankan: Standard Chartered, CIMB Clicks, MAE by Maybank2u, PB engage MY dan banyak lagi
  • Aplikasi penghantaran makanan: Foodpanda, Grab, EASI MY, Kopi ZUS dan banyak lagi
  • Aplikasi membeli belah : Watsons MY, Shopee, Lazada, Mudah.my dan banyak lagi
  • Platform media sosial: WhatsApp, Facebook, Instagram, Telegram, Wechat, Tiktok dan banyak lagi
  • Hiburan : Youtube, Netflix, iQiYi, ViuTV, dan banyak lagi

Persoalan yang sering bermain di fikiran rakyat Malaysia adalah samada tahap keselamatan HUAWEI AppGallery. 

Anda tidak perlu ragu-ragu akan tahap keselamatan data dan privasi anda diceroboh dengan memuat naik aplikasi dari HUAWEI AppGallery kerana setiap aplikasi dikehendaki melalui proses yang ketat seperti nama sebenar pembangun aplikasi, pengesahan dan mekanisme keselamatan operasi sebelum disenaraikan di AppGallery

Tidak setakat itu, HUAWEI AppGallery juga memberikan jaminan perlindungan maklumat sulit pengguna dengan melakukan imbasan keselamatan selepas sesuatu aplikasi dimuat naik pada HUAWEI Mate50 Series.

Berikut adalah cara melakukan imbasan keselamatan :

Pergi ke AppGallery > Saya > Pemeriksaan Keselamatan > Imbas

Ciri Semakan Keselamatan ini juga termasuk pengesanan virus, penipuan, perlindungan privasi, semakan spam dan petua keselamatan yang boleh dilakukan dengan satu langkah mudah.

Selain itu, AppGallery juga akan menghantar amaran jika terdapat sebarang aplikasi meragukan pada HUAWEI Mate50 Series anda.

Mempunyai sebarang persoalan tentang HUAWEI AppGallery?, Anda tidak perlu risau kerana HUAWEI juga menyediakan perkhidmatan sokongan melalui pelbagai platform popular seperti :

  • Live Chat – AppGallery Assistant, fungsi sokongan pada AppGallery, fungsi sokongan pada Aplikasi MyHuawei 
  • Menerusi Hotline- tersedia di aplikasi MyHuawei ,saluran HMS IVR dan laman web rasmi Huawei
  • Melalui soalan lazim komuniti- segala soalan lazim dan jawapan juga disediakan di Huawei Community.

Masih tidak berpuas hati dengan ciri keselamatan ini?, HUAWEI AppGallery juga telah menerima pensijilan daripada British Standard Institution pada ISO/IEC 19790:2012 mengenai teknik Keselamatan Teknologi Maklumat.

Pensijilan ini terdiri dari empat tahap keselamatan untuk setiap 11 keperluan dengan setiap tahap keselamatan adalah lebih ketat berbanding tahap sebelumnya.

Dengan pensijilan BSI ini, HUAWEI AppGallery menjamin privasi data pengguna tanpa sebarang kompromi.

Jika anda terlepas memo, HUAWEI Mate50 Series kini telah ditawarkan secara rasmi di Malaysia dan ianya tampil dengan beberapa teknologi termaju yang pertama kali digunakan pada industri telefon pintar.



Antara ciri terbaik HUAWEI Mate50 Series adalah :

Sistem Kamera XMAGE 

Teknologi pengimejan tersendiri syarikat ini iaitu XMAGE dan turut menjadi telefon pintar pertama dipasaran untuk memiliki kamera dengan apertur fizikal boleh laras 10-saiz.

Selain itu, sensor utama HUAWEI Mate 50 Pro juga memiliki apertur f/1.4 yang bekerjasama dengan enjin pemprosesan imej XD Fusion Pro yang memberikan anda kualiti gambar yang terbaik pada semua keadaan cahaya.

Lebih menarik, HUAWEI Mate50 Pro turut telah merampas kedudukan tempat pertama dalam ranking Kamera Telefon Pintar DXOMark. 


Gelas Keselamatan KunLun dan rekaan tahan lasak

HUAWEI Mate 50 Pro versi Orange Vegan Leather juga tampil dengan gelas keselamatan KunLun yang diperbuat daripada 10 kuadriliun nanokristal, yang menjadikannya lebih kukuh dan tahan jatuhan.

Dalam pada itu, KunLun Glass pada HUAWEI Mate Pro versi Orange Vegan juga diiktiraf sebagai peranti pertama dengan kaca tahan jatuhan yang menerima pensijilan 5 bintang daripada SGS Switzerland.

Kalis air pada kedalaman sehingga 6 meter 

Satu lagi kelebihan yang dimiliki HUAWEI Mate 50 Pro Orange Vegan Leather adalah ianya mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP68 namun dengan kebolehan kalis air yang dipertingkatkan iaitu sehingga kedalaman 6 meter.

Telefon pintar pertama HUAWEI dengan EMUI 13

HUAWEI Mate 50 Pro menjadi peranti pertama HUAWEI untuk menggunakan EMUI13 untuk yang pengguna pengalaman Super Device dengan reka bentuk estetik dan menyeluruh.

Di samping itu, EMUI13 akan membantu mengosongkan ruang storan sehingga 20GB dengan teknologi SuperStorage  yang berfungsi menyusun fail pendua, memampatkan aplikasi yang kurang digunakan, dan membuang muat turun yang tidak diperlukan, memberikan lebih banyak storan untuk perkara yang anda suka. 

Seterusnya, EMUI 13 ini dilengkapi dengan ciri-ciri baru untuk pengalaman yang lebih mesra pengguna seperti ciri SuperHub yang membolehkan pengguna menyimpan imej, dokumen dan teks buat sementara waktu, dan dihantar sebagai  satu kelompok, dengan pemindahan yang mudah antara aplikasi.

HUAWEI AppGallery berjiwa Malaysia 

HUAWEI AppGallery kini menyediakan 99% aplikasi popular di Malaysia dan HUAWEI Mate50 Series adalah telefon pintar terbaik dipasaran untuk memaksimakan potensi stor aplikasi ini.

Secara keseluruhanya, HUAWEI AppGallery merupakan sebuah stor aplikasi yang berkembang dengan pesat dan kebanyakkan aplikasi popular di Malaysia kini tersedia di sini.

Selain itu, HUAWEI juga menjamin maklumat privasi pengguna dan keselamatan dengan ciri semakan keselamatan di AppGallery dan HUAWEI juga bersedia menjawab segala persoalan anda dan memberikan anda penyelesaian kepada isu yang dihadapi.

Dapatkan HUAWEI Mate50 Series sekarang

Tunggu apa lagi, dapatkan HUAWEI Mate50 Series yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga serendah dari RM 3,699 melalui Huawei Experience Store, laman rasmi HUAWEI , HUAWEI Official Store di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada, Maxis, Digi, rakan penjualan rasmi Huawei seperti  Senheng, SenQ dan Urban Republic.

Lebih menarik, HUAWEI juga menawarkan anda peluang memenangi percutian ke Jepun yang siap dengan wang perbelanjaan RM 10,000 dengan setiap pembelian HUAWEI Mate50 Series.

Dapatkan HUAWEI Mate50 Series dan anda mungkin semakin hampir untuk terbang ke Jepun, hantarkan penyertaan anda di SINI 

Mempunyai rakan yang berminat membeli #HUAWEIMate50Series?, HUAWEI akan memberikan anda ganjaran e-baucar bernilai RM 50 melalui program refer a ‘Mate’ apabila setiap rakan anda membuat pembelian telefon pintar terbaru HUAWEI ini . Sertai sekarang di http://bit.ly/Referral_Activity_HUAWEIMate50Series

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.